Make your own free website on Tripod.com

 

   

::SEJARAH:::CARTA ORGANISASI:::AKTIVITI:::MPKSM:::SUMBANGAN:::PELAN:::GALERI::BIODATA::

  ::AKTIVITI PELAJAR::SYARAT KEMASUKAN::

 

 

 

                   SEJARAH

 

 

 

 

Dalam tahun 1990, Jabatan kebajikan masyarakat negeri Perlis telah berjaya mendapat peruntukan bagi pembinaan 10 buah unit rumah (Dua blok

daripada kerajaan pusat di bawah program pembangunan rakyat termiskin. Dua blok itu siap di bina pada awal tahun 1991.  Seramai 18 warga  tua

yang telah terpilih untuk mendiami rumah Sejahtera ini.Pembinaan rumah sejahtera ini diikuti pembinaan sekolah di sebahagian tapak rumah ini.

Majlis penyerahan anak kunci kemasukan rumah penyayang (Baitul hannan) Behor Mali ini telah dirasmikan oleh bekas menteri besar yang lalu

iaitu Tan Sri Datuk Doktor  Abdul Hamid bin Datuk Pak Wan The pada 16 April 1991. Pada 10 Mac 1992, jawatankuasa rumah penyayang telah

membuat rayuan lagi kepada Jabatan  Kebajikan Masyarakat negeri Perlis untuk membina 3 blok lagi(15 unit rumah), 2 blok itu ialah untuk didiami

warga tua manakala 1 blok lagi untuk dijadikan pusat kegiatan kraf tangan atau anyaman tikar dan lain-lain. Kerja- kerja pembinaan ini telah siap pada 23 Oktober 1997. Jumlah terkini penghuni di rumah sejahtera Behor Mali ialah seramai 10 orang.